in ,

PEJUANG MUNGKIN BERTANDING ATAS TIKET PAN

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Pejuang sedang menimbang tara tawaran dari parti Parti Amanah Negara (PAN) untuk masuk dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket parti itu, sekiranya tidak meletakkan syarat tertentu.

Tambah beliau, sekiranya PAN tidak meletakkan syarat tiada kerjasama dengan kelompok menyokong kepemimpinan kleptokrat, beliau akan memikirkan perkara itu.

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mempelawa Pejuang untuk menyertai parti itu dalam PRU15 sekiranya parti itu gagal dalam permohonan penubuhan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MCA DIGESA SUARAKAN PENDIRIAN TERHADAP KERJASAMA PAS-PPBM

SPRM PERLU SIASAT PERMOHONAN PPR JERLUN