in

Pejuang masih tidak berkerjasama dengan mana-mana parti

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang belum membuat keputusan sama ada untuk bersendirian atau menganggotai mana-mana gabungan parti politik buat masa ini.

Menurutnya, Parti Pejuang masih terbuka dalam perkara itu dan akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.

Tambahnya lagi,“Kita pun faham kita nak kena ukur baju atas badan kita sendiri, kita tahu di mana kelebihan serta kelemahan kita. Jadi kita akan berpada-pada dari segi jumlah kita nak bertanding dan adakah perlu untuk kita bekerjasama dengan mana-mana pihak.

“Mungkin kita akan menganggotai parti gabungan ataupun kita adakan pakatan atau Kerjasama politik untuk tujuan pilhan raya nanti”, katanya.

Jelasnya lagi, Pejuang masih berada di blok ketiga iaitu tidak berkerjasama dengan mana-mana parti politik, malahan parti tersebut masih belum didaftarkan secara rasmi, jadi keahlian tidak dibuat sepenuhnya namun sudah puluhan ribu yang mendaftar secara dalam talian untuk menjadi ahli.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PAS Terengganu will contest all seats if UMNO refuse to collaborate

“Azmin is an expert when it comes to audio and video” – Anwar