in

PAS sedia atur perjumpaan selesaikan kemelut UMNO-BERSATU

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PAS bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan BERSATU bagi mendapat kata sepakat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik penyelesaian kemelut yang sedang melanda kedua-dua belah pihak.

“Tanpa mencari penyelesaian ke arah penyatuan itu kita bimbang akan menjejaskan kedudukan orang Melayu Islam di negara ini”, katanya.

Tambah beliau, perselisihan UMNO dan BERSATU dapat diselesaikan jika kedua-dua mahu berunding tanpa bersaskan kepentingan parti dan kepentingan diri.

Walau bagaimanapun, PAS akan terus berusaha untuk menyatupadukan umat islam.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fungsi darurat gagal melawan penularan COVID-19

Teo Nie Ching gesa Menteri Pendidikan beri kenyataan isu periksa pelajar haid