in

Parlimen platform penting bincang isu COVID-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Ahli Parlimen perlu memberi tumpuan terhadap saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Musatafa Billah Shah yang mahu Parlimen menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai isu, terutamanya mengenai pandemik COVID-19.

Menurut beliau, Kerajaan mahu menerima pendapat atau saranan daripada pihak pembangkang, yang menumpukan pelaksanaan pelan pemulihan negara (exit strategy) daripada COVID-19.

“Yang di-Pertuan Agong titah bincang isu COVID-19, jadi kita fokus tentang COVID-19. Kerajaan sedia terima pandangan dan saranab daripada pembangkang,” katanya dalam temubual Bicara Harakah.

Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melaporkan siding Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buka Parlimen tangani isu COVID-19-Anwar Ibrahim

Can Agong end the parliamentary adjournment?