in

Parlimen akan diadakan apabila tiba masanya-Takiyuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan berkata, Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera diadakan apabila tiba masanya sama ada sebelum ataupun selepas Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021 nanti.

Tambahnya, hal ini bergantung kepada nasihat dan pandangan pakar yang akan diperolehi oleh Kerajaan daripada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Menurutnya, Kerajaan mengambil maklum gesaan beberapa pihak termasuk parti-parti politik supaya Parlimen bersidang walaupun negara masih lagi berdepan dengan pandemic Covid-19 yang belum reda sepenuhnya.

“Kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan (constitutional responsibilities) untuk memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen,” katanya.

Justeru, keutamaan yang diberikan pada masa ini adalah usaha bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini dapat dikawal sepenuhnya.

Beliau juga berkata ini juga termasuklah melindungi aspek kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipient age 60 and above is safe to take AstraZeneca Vaccine

 KRI Nanggala-402 ditemui terbelah tiga, 53 kru terkoban