Pakej Bantuan Khas Hanya Siaran Ulangan

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak mengkritik Pakej Bantuan Khas yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dengan menyatakan apa yang diumumkan sudah pun dibuat ketika Belanjawan 2021.

Menurut beliau di laman Facebooknya, lanjutan moratorium pinjaman masih bukan automatik dan tiada faedah seperti moratorium pertama tahun lepas.

Menurut beliau, ada sedikit penambahbaikkan pada kategori 2 i-Sinar KWSP walaupun bukan automatik dan tanpa syarat untuk pengeluaran dari akaun 1 sehingga RM10 ribu, namun apa yang digariskan bukan khusus untuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan Ordinan Darurat yang diisytiharkan.

Antara yang digariskan semalam adalah:

  • Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari
  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  • iSinar – Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  • PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  • Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *