in ,

Ordinan Darurat Tidak Bermotifkan Politik

BALING, 20 Dis -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan memberi penerangan kepada petugas media pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah di Pejabat Daerah Baling hari ini. Takiyuddin berkata sebuah bangunan baharu kompleks mahkamah yang menempatkan Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret akan dibina di Sik bagi menggantikan bangunan lama sedia ada yang sudah uzur. Katanya, pembinaan bangunan itu yang membabitkan peruntukan sekitar RM30 juta akan bermula dalam masa terdekat dan dijangka siap pada 2022. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan perlaksanaan Ordinan Darurat bukan bermotifkan politik tetapi dilaksanakan bagi pengurusan penularan Covid-19 yang semakin kritikal dalam negara.

Takiyuddin berkata pengurusan Covid-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menidakkan tohmahan yang mengatakan darurat tersebut bermotifkan politik dengan menjelaskan hasrat beliau untuk mendapatkan mandat baru melalui Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi keadaan Covid-19 tidak mengizinkan.

“Ada pihak mendakwa darurat ini tindakan untuk mengelak PRU.”

“Covid-19 adalah isu penting antara hidup atau mati manakala PRU hanya isu kalah atau menang. “

“(Malah) ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (sebelum ini) menjelaskan dia berhasrat untuk mendapatkan mandat baru melalui PRU namun keadaan Covid-19 (sekarang) tidak mengizinkan.”

“Malah (sebelum ini) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut (memberi) perkenan isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Parlimen Gerik dan DUN Bugaya untuk membendung penularan Covid-19.”

Tambah beliau, kerajaan telah mengambil kira kepentingan awam dan membuat ketetapan untuk menasihati Seri Paduka untuk mengisytiharkan darurat.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Abang Burger Gives Out Free Meals To Those In Need

Zahid Akan Dipuji Jika Berundur