in ,

Orang Melayu jarang bunuh diri, kata Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 9 Okt — Kesengsaraan rakyat berdepan pandemik Covid-19 terlihat apabila terdapat segelintir yang mengambil nyawa sendiri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan itu lebih meruncing apabila membabitkan orang Melayu beragama Islam.

“Ada yang tiada makanan. Ada yang terdesak sehingga membunuh diri. Inilah masalah yang menekan rakyat hari ini. Ini tekanan yang amat teruk kerana biasanya orang Melayu tidak bunuh diri.

“Demikianlah keadaan sehingga mereka tidak dapat menghadapi masalah kehidupan dan mereka lalukan sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang Melayu,” katanya.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air berkata demikian ketika merasmikan Misi Jelajah Prihatin di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata maka menjadi tanggungjawab kerajaan membela nasib rakyat yang berada dalam kesusahan.

“Tumpuan perlu diberi kepada mereka yang menderita dan tiada pendapatan, tidak dapat gaji dan tiada makanan.

“Mereka dan anak mereka. Kita perlu tumpu kepada mereka. Sediakan makanan bagi mereka jika mereka berupaya memasak,” katanya.

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Asyik tukar kerajaan, Dr Mahathir tiada ‘penawar’ Melaka

KL bukan Perlis, Khalid pertikai usaha Shahidan