in ,

Operasi SAR mangsa bencana banjir dipergiat

Yan: Setakat semalam, hari ke-5 operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah berjaya menemukan mangsa ke-5 yang hilang susulan kejadian banjir ekoran fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku pada petang 18 Ogos lalu.

Mayat Ku Shuaib Ku Abdullah, 91, telah ditemui di kawasan SAR Salak Denai dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat STORM, PPDA serta SMART pada jam 3.28 petang dan kemudian diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Kini fokus operasi pencarian bagi mangsa terakhir yang hilang dipergiatkan dan akan tertumpu di sekitar lokasi Kawasan Titi Hayun serta Batu Hampar.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, operasi akan fokus kepada proses pencarian di bawah timbunan kayu menggunakan jentera berat eskavator.

Setakat ini, lima mangsa telah dilaporkan menjadi korban dengan seorang lagi masih hilang. Banjir itu turut menjejaskan kira-kira 800 kediaman di Yan dan 200 di daerah Kuala Muda.

Sehubungan itu, sebagai lawatan pertama beliau selepas diangkat sebagai Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri telah tiba berkunjung ke Kedah bagi meninjau keadaan bencana banjir di Merbok dan Kuala Muda yang dikategorikan sebagai Kawasan Bencana Tahap Satu.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ismail Sabri Mula Tugas Rasmi Sebagai Perdana Menteri

Keuntungan Petronas Dagangan melonjak naik