in , ,

Nur Sajat sah di tahan Imigresen Thailand

SHAH ALAM, 19 Dis -- Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 33, didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan Nur Sajat dipenjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah ditangkap di Thailand pada 8 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Nur Sajat, 36,  ditahan pihak Imigresen Thailand pada jam 6 petang kerana memiliki pasport yang tidak sah.

“Suspek telah dihadapkan ke mahkamah di Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Abd Jalil berkata, Nur Sajat turut dikehendaki di Malaysia kerana menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

“Usaha untuk membawa beliau pulang ke tanah air sedang giat dilaksanakan.

Pada 23 Februari, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Perbicaraan itu membabitkan kes Nur Sajat yang didakwa berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada tahun 2018 di Shah Alam.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rancang buka semula Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman dalam tempoh terdekat

Cubaan seludup dadah berilai RM1.296 juta ke negara jiran gagal