in ,

Nonny Nadirah batal pernikahan

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah mengesahkan rancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga pelakon, Niezam Zaidi, terpaksa dibatalkan.

Nonny, 31, meluahkan perkara itu melalui perkongsian video di Instagram (IG), miliknya.

Dia juga turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Niezam yang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-28, hari ini.

Sekadar makluman, selepas mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami sudah dibatalkan.

Satu sahaja kami minta, tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik-baik untuk diri masing-masing.

Sesungguhnya, kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang.

Kepada rakan media, saya tidak dapat mengulas semula apa-apa dengan anda semua. Untuk masa ini, saya simpan dulu komen. Harap semua faham, sayang semua,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan ini agak terbuka berkongsi kisah peribadi mereka di IG beberapa bulan kebelakangan ini.

Difahamkan, Niezam juga turut merancang untuk menyunting Nonny sebagai isteri sebelum akhir tahun ini.

Nonny juga sempat memberikan ucapan hari lahir buat Niezam.

“Happy Birthday sahabat, semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.

“Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik. Semoga dikurniakan kebaikan, hajat dunia dan akhirat,” tulisnya lagi.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mesyuarat Khas Kabinet berakhir, semua kunci mulut

Fara Hezel kongsi nama dan wajah anak