in ,

Nina Iskandar kembali bertudung

Lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nina Iskandar, 29, kembali dengan penampilan bertudung.

Nina yang memuat naik gambarnya bertudung di Instagram mengejutkan ramai peminat dengan penampilan barunya itu.

Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga terus istiqamah dan berharap penampilan kali ini kekal selamanya.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar sebelum ini pernah tampil dengan imej bertudung pada 2014 namun membukanya semula setahun selepas itu.

Menerima pelbagai soalan yang bertanyakan adakah dia sudah kembali bertudung, Nina turut berkongsi di Instagram Story apakah rahsia dia bermuhasabah diri dengan penampilan terbarunya itu.

“Solat buat kita rasa tunduk. Apa sahaja yang kita buat perlu ada tujuan dan perkara pertama adalah untuk Allah.

“Sebelum anda buat sesuatu, baik atau buruk nilai niat anda dan sentiasa bertaubat. Langkah pertama mulakan dengan istighfar,” katanya.

Nina berkahwin dengan penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, Nina dan suami dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia 10 bulan.

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lee Min Ho lancar saluran YouTube, peminat teruja

Menggunakan Semula Air Sisa