in ,

NETIZEN CARI PELAKON SENIOR PALING POPULAR 2020

Sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) yang akan berlangsung November ini, ramai kalangan peminat dan netizen mula membuat undian.

Namun begitu, ada kategori yang tidak dicalonkan dan netizen memilih membuat poll mereka sendiri dengan menyenaraikan kategori Pelakon Senior Wanita Paling Popular 2020.

Kira-kira 95 nama berjaya disenaraikan untuk disenarai pendekkan dan antaranya ialah Rozita Che Wan, Amyza Aznan, Liza Abdullah, Catriona Bahrin Ross, Dynaz Mokhtar, Erra Fazira, Haleeda Mazlin, Ifa Raziah, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Kriteria utama juga turut disenaraikan antaranya pernah menjayakan watak-watak seperti mak, mak mertua, nenek, mak long, mak ngah, makcik dan moyang kepada hero heroin drama Melayu.

Walaupun watak mereka sekadar pembantu atau juga penyeri majlis, kadang-kadang sesetengah watak itu lebih menonjol berbanding watak utama.

Nyata Hasrat mereka ini dilihat bukan sekadar suka-suka dalam menyemarakkan ABPBH33, malah dalam usaha membantu menaikkan nama pelakon senior yang mungkin kurang dikenali oleh sebahagian penonton.

 

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Presiden Russia jemput Armenia, Azerbaijan untuk rundingan damai

Mira Filzah Beri Semangat Kepada Calon SPM 2020