in ,

Neelofa tak pernah cukur kening

Pengacara dan usahawan, Neelofa memaklumkan bahawa sudah lama dia tidak mencukur bulu kening.

Perkara itu dinyatakan berikutan beberapa peminat bertanyakan soalan adakah dia mencukur kening selepas mengenakan niqab baru-baru ini.

Menjawab persoalan itu di Instagram story miliknya, Neelofa, 31, berkata, keningnya memang tidak dicukur atau dicabut.

“Untuk mereka yang hendak tahu sama ada saya cukur kening atau tak, kening saya memang tak dicukur dan tak dicabut,” katanya.

Dalam video itu juga, Neelofa turut berkongsi sebuah hadis sahih Al-Bukhari beserta terjemahan yang menceritakan mengenai hukum mencabut bulu muka.

Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang-orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana, mereka semua sudah menukarkan ciptaan Allah,” tulisnya.

Dalam video itu, soalan mengenai kening itu diajukan rakannya yang mewakili suara netizen selepas timbul beberapa persoalan mengenai penampilan Neelofa selepas tampil berniqab.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jerejak – Terhapusnya Sebahagian Sejarah

Sharnaaz Ahmad sedia beri kerjasama dengan SPRM