Selebriti popular Neelofa dan suaminya Muhammad Haris atau lebih dikenali PU Riz serta ahli keluarga mereka dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 selepas sebulan dalam siasatan.

Neelofa, suami dan keluarga didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta melanggar tujuan merentas negeri.

Selebriti tersebut tidak akan menerima sebarang diskaun selepas pihak berkuasa mendapati majlis perkahwinan selebriti tersebut gagal menjaga penjarakan sekurang-kurangnya satu meter kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Walau bagaimanapun,  Peguam negara telah mengarahkan Neelofa, suami dan ahli keluarganya akan dikenakan kompaun di bawah peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021.

PU Riz dikompaun sebanyak RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri, 20 ahli keluarga pasangan tersebut juga dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang kerana gagal menjaga penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinan itu berlangsung.

Pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi PKPB, kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan dari pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *