in ,

Neelofa korban kecantikan demi ganjaran berniqab

Tidak pernah terfikir akan berniqab, pengacara dan usahawan, Neelofa akur meninggalkan kecantikan yang menjadi pilihan utama kepada kaum wanita demi mengejar ganjaran berniqab.

Neelofa, 31, berkata, selepas mengetahui ganjaran yang bakal diperoleh apabila berniqab dia sanggup mengorbankan perkara paling disukainya itu walaupun keputusan yang dibuat bukan sesuatu yang mudah.

Semua wanita memang nak cantik. Pantang ada produk kecantikan semua nak beli sebab itu adalah lumrah untuk kaum wanita yang ingin kelihatan cantik.

Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun.

Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini,” katanya.

Neelofa berkata demikian ketika sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, kelmarin.

Neelofa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bersama PU Riz membawakan perkongsian mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita.

Katanya lagi, menerusi satu kitab hadis terdapat beberapa persoalan yang diajukan Ummu Salamah kepada Nabi Muhammad mengenai wanita dunia dan bidadari syurga.

Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

Menerusi kitab yang saya baca, Ummu pernah bertanya kepada Rasulullah antara wanita dunia dan bidadari syurga siapa lebih cantik?. Kemudian Baginda menjawab wanita dunia atau isteri solehah ini jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

Ummu bertanya lagi kenapa? Rasulullah menjawab, mereka jauh lebih cantik sebab menjaga solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah dan Allah menutupi wajah mereka dengan cahaya.

Kecantikan seseorang yang beralaskan cahaya Allah ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Kurniaan cahaya ini juga tidak diberikan kepada bidadari syurga tapi diberikan khas kepada wanita dunia atau isteri solehah,” katanya.

Terdahulu, Neelofa dalam satu kenyataan, memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya mengenakan niqab sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dolla harap yang terbaik untuk single Impikan

Neelofa dirisik PU Riz?