in ,

Neelofa dirisik PU Riz?

 

Walaupun kisah mengenai dirinya dirisik dan sudah menjadi tunangan kepada Haris Ismail atau PU Riz, 25, bertebaran di media sosial, namun pengacara dan usahawan, Neelofa, 31, masih memilih berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan.

Malah gambar-gambar serta video yang dimuat naik di Instagram, terus menimbulkan tanda tanya ramai peminat disebabkan kedua-dua mereka enggan membuka mulut.

Status di Instagram (IG) story Neelofa yang dimuat naik juga seakan-akan memberi gambaran tentang majlis yang diadakan semalam.

“Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini,” tulisnya.

Selain itu, kata-kata yang ditulis oleh ibu Neelofa iaitu Noor Kartini juga seperti mengesahkan segala-galanya.

Bismillahhirohmanirohim Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.

Aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusannya.

Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulisnya.

Terdahulu, Neelofa, sebelum ini pernah menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan Riz.

Malah, foto yang dimuat naik kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor di IG, di mana Neelofa dan Riz berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik Neelofa baru-baru ini terus menjadi tanda tanya peminat.

Menjelaskan perkara itu, Neelofa berkata, tiada apa-apa hubungan istimewa antara mereka.

“Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” katanya.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Neelofa korban kecantikan demi ganjaran berniqab

Persembahan dikecam, Nuha Bahrin mohon maaf