in

Neelofa dan PU Riz ke Langkawi bukan ‘honeymoon’ tapi lawatan kerja.

Foto: Facebook Neelofa

Gambar pelakon dan pengacara Neelofa dan suaminya PU Riz ke Langkawi yang tersebar dikatakan pergi berbulan madu adalah tidak benar, pihak pengurusan chatime telah mengeluarkan kenyataan.

Menurut, pembekal makanan dan minuman terkemuka, Chatime Malaysia Sdn Bhd, Pengacara dan Usahawan popular itu bersama suaminya ke langkawi atas dasar lawatan kerja.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali memaklumkan Neelofa dan Muhamamad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, menjalankan lawatan kerja ke 3 lokasi, antaranya, di Zon Utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi serta akan ke Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baru.

Tambahnya lagi, lawatan ini juga turut melibatkan beberapa kakitangan dari Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia.

Walau bagaimanapun, mereka mendapat kebenaran polis untuk merentas negeri ke Langkawi atas urusan kerja.

Pihak Chatime Malaysia berharap dengan kenyataan ini dapat memberi pencerahan atas kontroversi yang melanda selebriti popular.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Street Kids Asking For Boxes To Sleep On In KL!

Semua Menteri Umno kekal berada dalam Kabinet-PM