in ,

Neelofa ajak orang ramai sokong peniaga kecil

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudahpun bermula hari ini, pastinya ia akan memberi kesan terhadap usahawan dan peniaga kecil yang bergantung perbelanjaan harian melalui hasil jualan setiap hari.

Selama 14 hari sehingga 27 Oktober ini, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya antara negeri yang turut terjejas berikutan PKPB yang dilaksanakan.

Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor tampil menyeru orang ramai untuk sama-sama menyokong membeli barangan yang dijual oleh peniaga kecil yang terjejas pendapatan mereka.

Perkara itu dikongsikan di Twitter miliknya dan menerusi ciapan itu, Neelofa, 31, berkata, dia mendoakan PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan terhadap peniaga kecil secara khususnya dan juga rakyat secara amnya.

“Jom kita support sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan,” tulisnya.

Ciapan berkenaan diulang kicau lebih 20 ribu kali dan menarik perhatian lebih 30 ribu tanda suka.

Dalam satu ciapan lain, Neelofa turut menyeru supaya orang ramai sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan hanya keluar rumah apabila perlu juga paling penting saling menjaga antara satu sama lain.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apandi saman Tun M, kerajaan RM2.2 juta

Konsert Gegar Vaganza (GV7) diteruskan walaupun tanpa penonton