in

Najib Razak mampu pimpin UMNO semula hadapi PRU15

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu untuk memimpin UMNO kembali dan membawa sinaran baharu untuk Parti itu.

Menurutnya lagi, Najib Razak juga dapat menguatkan semula parti UMNO dan dapat memimpin parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Kemampuan Najib itu ada untuk berperanan memimpin UMNO semula. Dalam hal ini peranan Najib boleh digunakan untuk menghidupkan balik dan menguatkan parti”,katanya.

Tambahnya lagi, Ahli Parlimen Pekan itu juga semakin hari semakin disenangi Kembali oleh rakyat dan ahli parti.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MyDigital: Tarik pelaburan baharu dalam sektor digital

Steven Sim beli Motor untuk adik Mohamad