in

‘Najib Razak juga boleh menjadi PM kali kedua’- KB UMNO

Sehingga hari ini masih lagi menjadi tanda tanya siapakah Perdana Menteri (PM), daripada UMNO.

Hal ini, hangat diperkatakan susulan Naik Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh mengesa UMNO menamakan calon perdana Menteri bagi Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka memenangi PRU-15.

Menurut, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar, tidak mustahil bekas perdana Menteri NajIb Razak dipilih semula untuk menjawat jawatan tersebut.

Jelasnya lagi, Najib optimis dan mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk menerajui negara berdasarkan rekod beliau memimpin negara.

“Najib mempunyai ilmu dan pengalaman dan telah melalui segala proses dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO’, katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bina lebih 600 unit rumah PPR di Kedah- Zuraida

‘Calon yang mampu memberi kemenangan’- Wan Azizah