in

Nafi sekeras-kerasnya rakaman audio yang tular – Zahid Hamidi

Pemimpin tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan rakaman audio yang tular di media sosial.

Video yang berdurasi 4 minit 17 saat itu menerusi akaun Facebook Insider Malaysia, mendedah kan suara yang dipercayai mirip dengan Anwar ibrahim memuji ucapan Zahid Hamidi berucap dalam PAU 2020.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini”, katanya.

Jelasnya lagi, ‘rakaman audio tersebut merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO’.

Tambahnya lagi, “saya percaya banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO”.

Beliau berkata, sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenalpasti individu yang tidak bertanggungjawab itu.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Racial sentiment will not play a huge factor during GE-15

UMNO will lose their seats If the next general election is not held in the upcoming month.