in ,

Nabila Huda keguguran lagi

Oleh: Syanty Octavia Amry

Pelakon, Nabila Huda meluahkan perasaan sedih apabila hasratnya mahu memiliki cahaya mata lagi belum termakbul berikutan mengalami keguguran buat kali kedua, baru-baru ini.

Nabila, 36, berkongsi perkara berkenaan di Instagram (IG) Story miliknya, petang semalam.

“Saya keguguran buat kali kedua pada usia kandungan baru beberapa minggu. Saya kena kuat dan akur dengan ujian ini. Saya akui ‘down’ ketika berlaku pendarahan.

“Namun begitu, saya harus bangkit supaya tidak hanyut dengan perasaan sedih yang melampau,” katanya.

Nabila berkata, keinginan memiliki cahaya mata kedua cukup menebal dalam diri.

“Saya memang teringin sangat hendak tambah cahaya mata, ada bayi kecil dalam rumahtangga. Saya teruja apabila mendapat tahu hamil selepas membuat ujian dan disahkan oleh doktor.

“Malah dalam masa sama, saya menjadi trauma dan paranoid jika insiden lama berulang lagi. Nyata, apa yang saya takutkan terjadi juga,” luahnya.

Ibu kepada Keisha Laila itu berkata, dia percaya, belum ada rezeki untuk dia dan suami menimang cahaya mata.

“Sejujurnya, saya kasihan dengan suami. Agak lama dia menunggu untuk memiliki anak sendiri. Mahu atau tidak, saya perlu ‘move on’ daripada kesedihan ini,” katanya.

Terdahulu, Nabila dan suami, Mohd Izwan Johar sah menjadi suami isteri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015.

Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kebersihan Air Tanggungjawab Bersama

Anwar diperkenan menghadap YDP Agong 13 Oktober