in

MyDigital: Tarik pelaburan baharu dalam sektor digital

Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber Telkom Malaysia (TM) untuk kerajaan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, ‘ini merupakan satu permulaan yang sangat baik buat inisiatif MyDigital untuk menarik pelaburan baharu dalam sektor digital dari dalam dan luar negara yang disasarkan sebanyak RM70 billion sehingga tahun 2023’.

Jelas beliau, Perkhidmatan Awan ini akan membolehkan rakyat Malaysia mengakses dan menikmati pengalaman sambungan yang lancar dalam menyokong gaya hidup yang lebih digital.

“Masyarakat digital, perniagaan digital, industri digital dan Kerajaan digital seiring dengan inisiatif MyDigital”, katanya.

Tambahnya lagi, beliau amat berbangga dengan keupayaan TM untuk menjadi satu-satunya syarikat penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) tempatan yang telah diberikan kebenaran beroperasi di bawah inisiatif MyDigital Bersama tiga lagi CSP dari luar negara.

Pada majlis pelancaran tersebut Muhyiddin Yassin telah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Panel Pengkomputeran Awan Berpusat TM dan Penyedia Perkhidmatan Terurus di antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), TM dan Cloud Connect.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada pihak TM atas komitmen dan kesediaan dalam memainkan peranan utama dalam memacu tranformasi digital Kerajaan di bawah inisiatif MyDigital, katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi beberapa gambar ketaka pelancaran menerusi Facebooknya.

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/3934300306648499

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anwar and Zahid, stop asking other people to make a police report for you

Najib Razak mampu pimpin UMNO semula hadapi PRU15