in ,

Muat naik foto berniqab, Ifa Raziah belum terfikir ikut jejak langkah Neelofa

 

Berikutan penampilan terbaru pengacara dan usahawan, Neelofa berniqab ramai dikalangan rakan artis yang dilihat turut berkongsi gambar mereka memakai niqab.

Tidak terkecuali pengacara dan penyanyi, Ifa Raziah yang turut memuat naik foto mengenakan niqab di Instagram miliknya minggu lalu.

Bimbang perkara berkenaan terus menjadi kekeliruan dan spekulasi dikalangan peminat dan pengikutnya, Ifa menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut Ifa, 45, gambar berkenaan dimuat naik sekadar berkongsi penampilan dirinya yang sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadan.

Saya masih belum bersedia berpenampilan menutup aurat sepenuhnya dan perkongsian foto berkenaan tidak ada kena mengena dengan penghijrahan Neelofa.

Sebelum ini saya sering saja berkongsi foto menutup aurat. Kepada mereka yang sering mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari jumaat,” katanya.

Ifa berkata, dia juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal ataupun sepanjang menunaikan umrah.

Katanya lagi, meskipun kini tidak berhijab sepenuhnya, Ifa masih mahu menghormati hari dan bulan yang mulia iaitu hari Jumaat dan bulan Ramadan.

Saya masih dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik, sebagai manusia biasa, tiada orang yang tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan saya memohon doa daripada orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya lagi.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Model Malaysia Meninggal Semasa Prosedur Sedut Lemak 

Sybil Kathigasu – Serikandi Malaya