in ,

MKN akan umum perincian PKPB di Klang

SHAH ALAM : Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengumumkan perincian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Daerah Klang bagi penyelarasan dan keseragaman maklumat.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri akan bekerjasama sebaik mungkin dengan semua agensi bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.

“Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya mewakili saya bagi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan PKPB Daerah Klang pagi tadi.

“Selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai agensi dan jabatan, Kerajaan Negeri menyampaikan segala maklum balas dan cadangan berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (dengan beberapa ubah suai) kepada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Perdana Menteri secara maya jam 11 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri juga akan terus mengadakan saringan bersasar COVID-19 di zon merah sebagai langkah lanjutan bagi mengawal perebakan wabak ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, ketika dihubungi mengesahkan sebanyak tujuh Sekatan Jalan Raya (SJR) akan didirikan oleh pihaknya di sempadan daerah Klang.

“Segala perincian akan dimaklumkan oleh polis Daerah Shah Alam, Klang Selatan dan Klang Utara,” katanya.

 

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelidik temui 34 manuskrip simpan rahsia ilmu sains, matematik Melayu

Dua pegawai polis didakwa rasuah