in ,

MIC Anjur Simposium Bincang Isu Perobohan Kuil

Naib Presiden MIC Senator Datuk T. Mohan berkata MIC akan menganjurkan simposium mencari penyelesaian isu perobohan kuil dalam masa terdekat dengan penglibatan semua pemimpin kaum India termasuk dari kalangan pembangkang dan aktivis NGO.

“Kebanyakan kuil yang dibina ini sudah ada sedari zaman British dan sebelum merdeka lagi. (Ia) tidak boleh diroboh begitu sahaja.”

“Namun begitu tangan MIC terikat di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbanding sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).”

T. Mohan memberi ulasan tersebut apabila diminta mengulas mengenai perobohan dua kuil Hindu di Kedah dalam masa enam bulan.

Pada masa yang sama beliau turut membidas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, dengan mengibaratkan beliau sebagai anak kecil.

“Tidak boleh diterima.”

“Tidak pernah ada MB seperti dia. Bertindak dna memberi kenyataan seperti budak kecil.”

Sebelum itu, Sanusi menjelaskan bahawa sebuah kuil diroboh di Kuala Kedah kerana dibina di lokasi yang tidak dibenarkan.

Malahan beliau juga mengulas bahawa MIC patut diharamkan kerana menghasut orang ramai melanggar undang-undang.

Berita selanjutnya menyusul. 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tiga Istiadat Perlantikan MB Kegagalan Kepimpinan Ahli Politik

LKS: We Will Never Work With Kleprtocrats