in ,

METMalaysia keluarkan notis Nasihat Taufan Saudel

KUALA LUMPUR: Taufan Saudel berada kira-kira 622 kilometer (km) ke barat laut Manila, Filipina, malam tadi, dan bergerak dengan kelajuan maksimum 130km sejam.

Justeru, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan terbabit dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Berdasarkan pencerapan setakat jam 11 malam tadi, METMalaysia memaklumkan bahawa jarak taufan itu ialah kira-kira 1,164km ke barat laut Kudat, Sabah. – BERNAMA

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Taman Negara Kuala Tahan dibuka semula

ESSCOM kenal pasti tekong darat seludup PATI, rokok, dadah