in

MET Malaysia keluarkan notis Nasihat Taufan Molave

KUALA LUMPUR: Taufan Molave berada kira-kira 678 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam, hari ini, bergerak ke arah barat dengan kelajuan maksimum 157 km sejam.

Justeru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan taufan Molave itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 25 kilometer sejam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 157 kilometer sejam.

Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 787 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah. – BERNAMA

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tidak kenal Atta Halilintar, Krisdayanti tidak tahu Aurel bakal bernikah

KTMB tawar diskaun tambang sehingga 50 peratus