in , ,

Messi tidak silap pilihan berpindah ke PSG

Kuala Lumpur: Antara lima bintang bola sepak terkemuka dunia, Lionel Messi bertegas bahawa dia tidak menyesal untuk meninggalkan Barcelona dan menyertai pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Messi telah mementerai kontrak selama dua tahun hingga Jun 2023 bersama PSG selepas Barcelona gagal menawarkan kontrak baharu kepada pemain Argentina itu ekoran masalah kewangan.

Kemunculan debut Messi buat PSG pada 29 Ogos lalu ketika menentang Reims, sekali gus menyaksikan karier panjang beliau bersama Barcelona sejak tahun 2004 berakhir dengan rasminya.

Messi telah menjulang sebanyak 35 trofi dan meledak 672 gol sepanjang beraksi buat Barcelona dalam semua kejohanan.

“Saya tidak melakukan kesilapan berpindah ke PSG,” katanya dalam temu bual bersama France Football.

Sejak menyertai PSG, Messi telah menjaringkan satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Manchester City dalam Liga Juara-Juara baru-baru ini, namun penyerang hadapan berusia 34 tahun itu masih belum lagi menemui sebarang jaringan dalam saingan Ligue 1 .

Kehadiran Messi telah menyaksikan permulaan yang cemerlang bagi PSG menerusi lapan kemenangan berturut-turut yang menjadikan kelab gergasi Perancis itu kekal berada di kedudukan teratas saingan Ligue 1 dengan perbezaan enam mata mengatasi pasukan Lens di tempat kedua.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Idris sedia ‘lupakan’ Sungai Udang

Rebah rakaat pertama, polis jadi imam meninggal dunia