Mesej perintah berkurung malam ini adalah palsu-Hamzah Zainuddin

Mesej yang sedang tular di media sosial berkenaan perintah berkurung malam ini adalah palsu! Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyangkal berita itu dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu.

Kononnya , bermula malam ini Prosedur Operasi Standard (SOP) had masa keluar malam akan dikuat kuasakan. Sesiapa yang berada di luar rumah atau premis melebihi jam 10 malam, tanpa alasan yang munasabah mengikut SOP Covid 19, akan dikenakan kompaun mengikut Akta 134 dan didenda antara RM2,000 hingga RM5,000 ringgit.

Mesej yang tular menerusi aplikasi Whassap itu menggunakan gambar wajah Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi mengelirukan dan menipu orang ramai berkenaan dengan berita palsu tersebut.

“Berita mengenai prosedur operasi standard perintah pentadbiran dan penggunaan gambar Menteri Dalam Negeri adalah palsu, dan orang ramai diminta untuk tidak berkongsi atau menyebarkan berita palsu.” -Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin