in

Mencipta kepimpinan berintegriti

Pendidikan politik dan syarat-syarat kelayakan mengundi hendaklah digabungkan dengan had umur sebagai satu cara yang bijaksana, matang dan sejahtera.

Presiden PAS berkata, Islam mensyaratkan soal keahlian dalam melaksanakan tugas tertentu yang mewajibkan iman, Islam dan akhlak.

Menurut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Inilah garis panduan dalam mencipta kepimpinan berintegriti dan orang yang akan memilih pemimpin itu juga berintegriti.

Tambahnya, “syarat yang menetapkan kayu ukur umur sahaja tanpa meletakkan syarat-syarat keahlian yang lain terlalu banyak kekurangannya. Sebagaimana yang telah menjadi amalan dalam demokrasi Barat”.

Jelasnya, “ternyata sudah terdapat negara yang dikuasai dengan cara yang tidak bermoral dengan memilih orang yang tidak bermoral”. Pada masa yang sama, melakukan pelbagai salah laku, rasuah, kongsi gelap, mafia, kartel dadah, samseng dan sebagainya. Kongsinya di Facebook.

Menurutnya lagi ”apakah yang akan berlaku kepada urusan negara dan umat, sekiranya para pemimpin dan pemilihan pemimpin itu tidak diletakkan syarat seorang yang menjaga kewibawaan diri dengan beriman dan berakhlak mulia”.

Malahan “Hanya mereka daripada kalangan yang mahu berkuasa dengan matlamat menghalalkan segala cara sahaja, akan mendukung prinsip siapa sahaja boleh menjadi calon dan mengundi untuk memenangkannya dalam pilihan raya tanpa mempedulikan akibat daripada langkah yang salah”, jelasnya.

Beliau berkata, ambillah contoh yang baik, walaupun daripada sesiapa dan dari mana datangnya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FGV Group CEO to step down on 15 May

Beranikah UMNO keluar dari PN