in

Menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah-Najib Razak

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memaklumkan beliau menerima notis muflis berkaitan dengan ringkasan penghakiman cukai pendapatan beliau dari 2011 hingga 2017.

Tambahnya lagi, wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) datang kediaman peribadi beliau untuk menghantar notis muflis tersebut.

Menerusi Facebook milik Ahli Parlimen Pekan itu beliau berkata memberi notis muflis pada hari pertama kes rayuannya memalukan dirinya.

“Mungkin tindakan memberi saya notis muflis pada hari pertama rayuan kes saya didengari adalah bertujuan untuk menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah atau untuk terus memalukan saya”, tulisanya.

Menurutnya lagi, “Kes cukai ini dikenakan terhadap saya oleh kerajaan PH dan langsung tidak mempunyai alasan kukuh atau merit. Ia kemudian diteruskan oleh kerajaan PN”.

“Ia berkaitan sejumlah RM3 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun yang menggunakan nama saya di mana akaun itu diwujudkan bagi menerima sumbangan derma (sebagaimana didedahkan di mahkamah), dan RM642 juta dipindahkan secara terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi (dan ini juga dibuktikan di mahkamah). Jumlah RM2.6 bilion yang sangat popular (sebenarnya RM2 bilion) sudah DIPULANGKAN empat bulan kemudian”. Jelas beliau.

Menurutnya lagi, walaupun sebagai perdana Menteri, beliau sentiasa membayar cukai tanpa gagal.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157811373150952

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ministers monthly income vs Graduates montly income

Gaji graduan rendah, perlu syukur ada kerja