in

MCMC belum terima laporan rakaman audio yang tular

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahupun CyberSecurity Malaysia, belum menerima laporan mengenai rakaman audio perbualan yang tular didakwa mirip suara Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai rakaman audio yang tular di media sosial dikatakan rakaman tersebut mirip suara Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, “kita tunggu, kalau ada laporan dibuat, biasanya kes-kes seperti ini akan disiasat di bawah CyberSecurity, setakat ini tiada laporan yang dibuat”.

Walau bagaimanapun, Zahid Hamidi mahupun Anwar Ibrahim kedua-duanya menafikan rakaman audio yang tular itu milik mereka.

Malahan, masing-masing sudah mengarah pegawainya membuat laporan polis bagi menyiasat perkara tersebut.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gaji graduan rendah, perlu syukur ada kerja

Bryan Lai keluar DAP, masih sokong PH