in ,

Max Verstappen, juara dunia F1 baharu

Abu Dhabi – Keajaiban berlaku di litar Yas Marina semalam apabila pemandu sensasi Red Bull Racing, Max Verstappen berjaya menjuarai perlumbaan Grand Prix Abu Dhabi 2021, sekali gus melakar sejarah meraih gelaran juara dunia Formula Satu (F1) buat julung kalinya.

Kejayaan Verstappen itu terus menyekat serta membantutkan dominasi pemandu Mercedes, Lewis Hamilton untuk kekal memburu kejuaraan dunia F1 buat kali kelapan.


Perlumbaan penuh dramatik itu menyaksikan Hamilton yang bermula di petak kedua telah berjaya memintas Verstappen untuk mendahului awal saingan hingga selesa menguasai sepanjang perlumbaan.

Namun, tuah berpihak kepada pasukan Red Bull selepas pemandu Williams, Nicholas Latifi terbabas kemalangan ketika perlumbaan berbaki hanya empat pusingan terakhir, menyebabkan kereta keselamatan keluar untuk mengawal perlumbaan.


Kelebihan situasi itu digunakan sepenuhnya Verstappen dengan memasuki hentian pit bagi menukar tayar. Sebaik perlumbaan diteruskan semula, pemandu muda Belanda itu akhirnya berjaya memintas Hamilton di pusingan akhir dan terus memecut hingga melintasi garisan penamat.

Kemenangan di Abu Dhabi itu membawa Verstappen dinobat sebagai juara dunia F1 buat kali pertama dalam kariernya dengan kutipan 395.5 mata keseluruhan, mengatasi Hamilton pada 387.5 mata.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kes buli: 4 lagi suspek kes buli di MRSM ditahan

Tawaran diskaun kompaun saman trafik PDRM dilanjutkan