in ,

Maut ketika mendaki Gunung Lambak

Kluang – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia ketika melakukan aktiviti riadah mendaki Gunung Lambak, di sini pada Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 12.25 tengah hari itu, Teo Chee Kiong atau Tiu Chee Kiong, 52, menemui ajal disyaki akibat serangan jantung. Difahamkan, mangsa mendaki seorang diri dikatakan rebah dengan tiba-tiba selepas mengalami sesak nafas sebelum orang awam menyedari kejadian itu dan menghubungi talian kecemasan.


Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Noorhakim Nordin berkata, sebuah jentera FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai sebelas 11 anggota telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dijumpai tidak sedarkan diri oleh orang awam yang sedang melakukan aktiviti mendaki di gunung tersebut. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” katanya.

Sementara itu pada hari sama di lokasi berasingan, seorang wanita terpaksa dibawa turun dengan bantuan anggota bomba ketika mendaki Bukit Tunggal, Kampung Gajah di sini, selepas mengalami sesak nafas dan pengsan.


Terdahulu, wanita berusia 36 tahun itu melakukan aktiviti rekreasi di bukit berkenaan bersama keluarganya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah menerima panggilan kecemasan jam 8.50 pagi.

“Anggota bomba menaiki pacuan empat roda milik orang awam sejauh kira-kira 2.5 kilometer dari kaki bukit untuk membawa turun mangsa.

“Operasi ditamatkan jam 11.40 pagi. Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Padah tunggang motosikal secara berbahaya, 4 individu ditahan

Sekat kemaraan Hamilton, Verstappen julung kali juarai litar AS