in

Maria Andrejczyk Lelong Pingat Olimpik Miliknya

Atlet kebanggaan Poland, Maria Magdalena Andrejczyk yang meraih tempat kedua acara rejam lembing di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini sanggup melelong pingat perak diterimanya demi ingin menyelamatkan nyawa seorang bayi dari negaranya agar dapat menjalani pembedahan.

Olahragawati itu berniat menjual pingat Olimpik pertama dimenanginya pada nilai AS$125,000 (RM525,000) menerusi laman sosial Facebook.

Lelongan tersebut bertujuan untuk mengumpul dana buat bayi lelaki berusia lapan bulan, Miloszek Malysa yang mengalami masalah jantung yang serius supaya dapat dibawa ke Amerika Syarikat untuk menjalani pembedahan.

Tindakan Maria Andrejczyk melelong pingat Olimpik diperolehinya mendapat perhatian meluas sehingga sebuah rangkaian pasar raya Poland, Zabka telah membelinya pada harga AS$265,000 (RM1.12 juta).

Namun, syarikat tersebut tidak mahu mengambil pingat itu, sebaliknya meminta Maria Andrejczyk untuk menyimpannya kerana ia merupakan hasil titik peluh atlet tersebut dalam membanggakan Poland di pentas sukan dunia.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlumbaan MotoGP Malaysia dibatalkan buat kali kedua

Agong perkenan pelantikan Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9