in ,

Mana ada bank yang rugi – Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berharap institusi perbankan negara tidak merumitkan permohonan peminjam-peminjam dalam kalangan B40, M40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memohon lanjutan moratorium.

Dalam pada itu,  Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz juga dituntut menunaikan janji kepada UMNO dan Barisan Nasional berhubung lanjutan moratorium.

katanya, kebanyakan bank-bank utama Malaysia yang mengumumkan keuntungan masing-masing bagi prestasi kewangan suku ketiga 2020.

Bagi beliau,  ada juga beberapa bank yang umum keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun lepas sepanjang tempoh enam bulan moratorium pinjaman pukal dari April hingga September.

Prestasi itu bertentangan dengan dakwaan Menteri Kewangan pada Julai lalu yang mengumumkan bank-bank Malaysia rugi RM1.06 bilion pada setiap bulan ketika moratorium pinjaman pukal diberi.

”Bila dilihat dengan keuntungan bank bagi suku ke-2 (April hingga Jun), tiada satu bank yang pernah umum kerugian,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TERKINI : PRU15 Diadakan Sebaik Pandemik COVID-19 Berakhir – PM

Covid 19 : 1,315 KES BAHARU , 4 KEMATIAN