in

Malaysia terima pelaburan RM8.9 Billion dari Jepun dan Korea Selatan

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mendapat pelaburan sebanyak RM2.3 Billion dari syarikat SK Nexilis Co Ltd di Korea Selatan untuk membuat kilang keranjang tembaga di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Arham Abdul Rahman berkata Korea Selatan dan Jepun akan terus menjadi negara pelabur utama di negara ini dan ianya memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia berikut era pasca pandemik.

Loji pembuatan di Kota Kinabalu itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya, ini akan menjadi operasi pertama SK Nexilis di luar negara.

LG Chem Ltd adalah syarikat kimia terbesar dari Korea Selatan yang akan membangunkan luster petrokimia dengan usaha sama dari Petronas Chemicals Group Bhd, pelaburan sebanyak RM600 juta dan dijangka bermula pada Mac 2023.

Pelabur dari Korea yang lain seperti ILJIN material (pembuat foil elektrik), kumpulan SPC terlibat dalam produk makan dan gula-gula di Korea seperti Paris Baguette, Shake and Shack dan Baskin Robbins mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau dianggarkan berjumlah RM 91.2 juta.

Manakala pelaburan dari Jepun yang akan melabur sekurang-kurangnya RM1 billion dari syarikat Nippon Electric Glass Co Ltd yang terlibat dalam pengeluaran baru gentian e-kaca.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blood clots have a low percentage for vaccine use

Neelofa, suami dan keluarga dikompaun RM60,000