in ,

Majlis Raja-Raja bakal bincang cadangan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat, untuk memperhalusi cadangan dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rundingan itu susulan pertemuan baginda dengan Perdana Menteri di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, jam 5 petang semalam.

Dalam pertemuan sekitar satu setengah jam itu, katanya, Muhyiddin mempersembah taklimat cadangan kepada Al-Sultan Abdullah mengenai cadangan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya, pagi semalam.

“Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19. Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran perkembangan terkini ini.

“Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenyataan media Istana Negara

COVID-19: Polis panggil MB Selangor berhubung kuarantin