in ,

Mahkamah menetapkan 8 November keputusan saman lucut hak terhadap Najib Razak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 November ini bagi keputusan saman lucut hak terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan 17 yang lain atas dakwaan mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan Tarikh selepas Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffry Ong memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak akan mengemukan sebarang hujahan lisan prosiding hari ini.

“Saya memerlukan masa kira-kira dua bulan untuk menyampaikan keputusan dan penghakiman bertulis. Keputusan ditetapkan pada 8 November ini,”katanya.

Pada 8 Mei 2019, Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan saman lucut hak berkaitan 1MDB terhadap Najib dan 17 pihak merangkumi anggota keluarganya, individu lain dan syarikat.

Tindakan itu berhubung rampasan ratusan barangan, termasuk beg tangan mewah dan 27 buah kenderaan.

Antara barangan yang disita itu ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baharu) yang disita pada 17 Mei 2018 oleh pihak polis.

Selain itu, yang disita pada tarikh sama ialah empat utas jam tangan pelbagai jenama, empat buah beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 buah beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 buah beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.

Sebanyak 27 buah kereta jenama Nissan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain sebidang tanah di Tanjung Bungah Pulau Pinang.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jemaah Menteri selesai angkat sumpah

Malaysia Prihatin tema hari Kemerdekaan Ke-64