Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, isu untuk menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) seperti dicadangkan oleh Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir itu tidak dibincangkan dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk Zahid Hamidi, penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya darurat sudah mencukupi yang perlu dilakukan melalui Majlis terserbut.

Tambahnya lagi, cadangan penubuhan Majlis itu hanya untuk mencapai kepentingan individu tertentu.

“Saya rasa bahawa perkara itu adalah salah satu daripada keadaan norma yang diluar daripada apa yang sedia ada kerana darurat patutnya mencakupin soal-soal itu.

“Tapi ia telah digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya.

Beliau berkata selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menerusi sidang media secara maya, mencadangkan MAGERAN ditubuhkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *