LRT laluan Kelana Jaya masih lagi mengikut pelan alternatif.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata perkhidmatan Tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya masih lagi mengikut pelan alternatif.

Menurut Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebooknya berkata, bagi seksyen yang terlibat dalam pelanggaran tren Isnin lalu menyebabkan hanya satu landasan yang digunakan buat masa ini.

Tambahnya lagi, pihak APAD akan memeriksa semula sebaik sahaja pihak Rapid Rail menyerpurnakan kerja pembaikan dan pemasangan yang disyaratkan.

“APAD akan memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum kelulusan pemulihan operasi diberi kepada Rapid Rail”, tulisnya.

Dalam pada itu beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati Laluan Kecemasan di sebelah kanan di lin rel 1447 tidak stabil akibat kesan pelanggaran dan perlu pembaikan segera.

Walau bagaimanapun, Pasukan Pemeriksaan menyempurnakan misi mereka pada jam 4.30 pagi sebelum perkhidmatan LRT bermula dari 6 pagi hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *