in ,

Little Huffaz Kembali lagi

Berikutan kejayaan kempen permulaan hafazan al-Quran ‘Mini Little Huffaz’, siri animasi kartun islamik ‘Omar & Hana’ kembali dengan ‘Little Huffaz’.

Little Huffaz adalah pertandingan hafazan al-Quran melalui platform digital yang pertama kali diadakan untuk kanak-kanak. Little Huffaz bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di seluruh dunia menghafal al-Quran serta menanam rasa cinta terhadap ayat suci al-Quran.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori umur, iaitu 3 dan 4 tahun dan 5 hingga 8 tahun. Setiap peserta dikehendaki memilih surah mengikut senarai kategori umur mereka kemudian memuat naik rakaman video hafazan melalui laman web rasmi Little Huffaz atau laman media sosial.

Peserta akan dinilai oleh barisan juri antarabangsa termasuklah Mufti Ismail Menk, Ustaz Yusuf Mansur, Ustaz Don Daniyal, Qari Youssef Edghouch, Furqan Fawwaz dan Mimi Jamilah.

Penilaian setiap penyertaan berdasarkan hafalan, kefasihan, tajwid dan kreativiti.

Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima wang tunai bernilai USD500 dan piala untuk tempat pertama, USD350 untuk tempat kedua, USD250 untuk tempat ketiga, USD150 untuk tempat keempat dan USD100 bagi tempat kelima.

Setiap pemenang juga akan menerima barangan eksklusif Omar & Hana serta e-sijil.

Pendaftaran untuk pertandingan Little Huffaz ini sudah mula dibuka sejak 19 Oktober lalu dan akan berakhir pada 6 November ini.

Untuk mendaftar, calon yang berkelayakan boleh melayari ohittlehuffaz.com dan terus ke halaman ‘Cara Menyertai’ untuk menghantar penyertaan.

Terdapat lima peringkat bagi pertandingan ini, iaitu:

  • Peringkat 1: Peserta menghantar video hafalan
  • Peringkat 2: Pemilihan 40 peserta terbaik
  • Peringkat 3: Pemilihan 20 peserta terbaik
  • Peringkat 4: Pemilihan 5 peserta Terbaik
  • Peringkat 5: Penilaian secara langsung di peringkat akhir

Sebelum ini, ‘Mini Little Huffaz’, yang diadakan pada 3 September hingga 26 September, Berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dimana sebanyak 260 penyertaan dari 17 negara yang berbeza termasuklah Malaysia, Indonesia dan United Kingdom.

Sebarang pertanyaan layari laman media sosial rasmi dan langgan ke saluran YouTube ‘Omar & Hana’ atau layari laman web ohittlehuffaz.com  untuk maklumat lanjut.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Larian Amal Pelari Veteran Sejauh 1,600km Rentas Borneo Demi Kumpul Dana

Pahang minta Kerajaan Pusat buka semula Taman Negara