in ,

Lisa Blackpink kini terbitkan album solo

Salah seorang anggota kumpulan sensasi Korea Selatan – Blackpink, Lisa Manoban ataupun mesra dengan panggilan Lisa kini akhirnya sah akan terbitkan album solo debutnya.

Selepas Rosé berjaya mengeluarkan album solo tersendirinya pada Mac lalu, peminat yakin tidak lama lagi album solo Lisa juga akan turut menyusul sama dan sekarang mereka telah mendapat pengesahan rasmi.

Pengumuman tersebut dibuat pada 22 Ogos semalam menerusi perkongsian poster album sulungnya itu di beberapa media sosial termasuk di akaun Twitter rasmi Blackpink.

Menurut sumber, Lisa telah pun berkolaborasi dengan DJ Snake dalam menghasilkan lagu baru untuk dimuatkan ke dalam album solonya itu.

Namun, tarikh pelancaran rasmi album debut Lisa akan datang itu masih belum ditetapkan lagi

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PPV Sekitar Lembah Klang Mula Ditutup Secara Berperingkat

Ismail Sabri Mula Tugas Rasmi Sebagai Perdana Menteri