in ,

Lim Kit Siang Mahu Parlimen Berjalan Semula

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membenarkan sidang Parlimen untuk bersidang 8 Mac depan seperti yang dijadualkan.

Veteran DAP itu turut berkata, Parlimen terus berfungsi sepanjang tempoh 35 tahun di antara 1977 sehingga 2012, walaupun terdapat empat proklamasi darurat serentak dalam tempoh tersebut.

“Seperti yang ditanyakan oleh Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Karim, adakah penggantungan fungsi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini membantu usaha melawan Covid-19?”

“Adakah Muhyiddin telah lupa, semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor daripada tahun 1986 sehingga tahun 1995, terdapat pelbagai proklamasi darurat?”

“Semasa beliau di dalam Kabinet, di antara tahun 1995 sehingga 2015, terdapat empat perisytiharan darurat yang berkuat kuasa dalam negara sehingga 2012?”

Muhyiddin dalam perutusan khas daruratnya sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan darurat, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAP Persoal Kerajaan Mana Dana RM17 Bil Untuk Covid-19

Londoner Goes Deaf For Three Days After Eating Spicy Noodles