in ,

Lembah Permai Bukit Belacan dilanda banjir kilat

Ampang – Kira-kira seramai 258 mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di Lembah Permai Bukit Belacan, Selangor di sini, selamat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Permai, setakat pukul 10.20 malam tadi.


Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Muhammad Razif Ruba’ai berkata, sebanyak 64 buah rumah terjejas susulan banjir kilat yang berlaku sejak petang Isnin.

Turut hadir bagi membantu misi menyelamat dan membantu mangsa banjir adalah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Daeng Mohd Reduan yang menghulurkan bantuan kebersihan dan makanan serta Pusat Khidmat Pas Lembah Jaya memberi bantuan pakaian.


Ekoran hujan lebat berterusan sejak petang semalam telah mengakibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian lebih kurang jam 7.19 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Pandan dikerah ke lokasi kejadian.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pemilik restoran siakap ‘harga kayangan’ gagal kemukakan dokumen lengkap

20 ribu tiket perlawanan akhir Piala Malaysia mula dijual pada Sabtu