in ,

Lelaki rentung terperangkap dalam MPV terbakar

Kuala Terengganu – Seorang mekanik rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas, di sini pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 7.05 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Azizi Jaafar, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat melecur hampir 90 peratus anggota badan selepas gagal keluar daripada kenderaan dipandunya.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 malam sebelum 14 pegawai dan anggota bomba bergegas tiba ke lokasi kejadian lebih kurang empat minit kemudian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa sudah hangus terbakar hampir 90 peratus. Kebakaran dipercayai berlaku sewaktu mangsa sedang memandu sebelum berhenti di tepi jalan setelah menyedari kenderaannya terbakar.

“Api marak dari kenderaan mangsa kemudian merebak ke sebuah lagi kereta Perodua Viva yang hangus hampir 60 peratus. Siasatan awal menemui tiga buah tangki gas untuk kerja kimpalan serta satu tangki oksigen di tempat duduk belakang kenderaan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap, namun usaha berkenaan gagal dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sembilan sekeluarga malang termakan cendawan beracun

Lambakan wang berselerak di atas lebuhraya