in ,

Lelaki didakwa liwat isteri

KANGAR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar di sini, hari ini, atas enam pertuduhan melakukan seks luar tabii dan meliwat isterinya antara November 2019 hingga 5 Oktober lalu.

Tertuduh Johari Adam, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohammad.

Mengikut pertuduhan yang dibaca secara berasingan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan meliwat isterinya yang berusia 33 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua rumah berasingan di daerah ini pada sekitar November 2019, manakala 11 dan 30 September 2020 serta pada 3, 4 dan 5 Oktober 2020.

Bagi semua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan bagi setiap pertuduhan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 12 November depan.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

90.15 peratus permohonan lanjutan moratorium di bawah MEDAC diluluskan

D614G: Virus Super?