in ,

Lebih 800 ribu pekerja hilang pendapatan terima bantuan BKP

Putrajaya – Menyedari keluhan ramai rakyat yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19, sukacitanya kerajaan umumkan bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan mula disalurkan pada hari ini secara berperingkat.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan BKP membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM434 juta demi memberi manfaat kepada kumpulan sasar yang terjejas.

“Mulai 26 Oktober, bayaran BKP sebanyak RM500 akan diberikan secara sekali bayar (one-off) kepada 870,000 individu yang kehilangan sumber pendapatan dalam tahun ini, berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kerajaan akan terus komited dalam membantu serta menyantuni Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas  akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai hari ini melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my. Untuk maklumat lanjut, penerima boleh merujuk  Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal  berkenaan.

“Semoga bantuan BKP dan juga bantuan tunai lain yang  disediakan kerajaan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia dalam mengharungi waktu sukar ini,” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bekalan elekrik premis judi online dipotong dan diserbu pihak berkuasa

Rangka triceratops terbesar dunia dijual lebih RM31 juta